Glasnost di KRSS dan Rusia Glasnost

Fail:Glasnost poster 1.jpgPoster Glasnost tahun 1987, ebrcogan kata "Beranilah, Komrad! Keterbukaan ialah Kekuatan Kita!" (Bahasa Rusia: "Смелее, товарищ! Гласность - наша сила!")

Istilah ini timbul pada tahun 1985-1990 sebagai sebahagian langkah-langkah reformasi bergelar perestroika, yang tujuannya termasuk membendung gejala rasuah dan salah guna keistimewaan oleh golongan politik. Secara amnya sekali, langkah ini bertujuan membebaskan kebebasan akhbar secara beransur-ansur, sambil membolehkan kebebasan pertentangan pendapat.[1] Dasar ini menghadapi tentangan ketika malapetaka Chernobyl tahun 1986, apabila pihak berkuasa menyembunyikan takat sebenar kesan kemalangan nuklear ini selama beberapa hari.

Melalui dasar glasnost ini, Gorbachev menggesa golongan konservatif dalam Parti Komunis yang menentang perestroika, iaitu rancangan-rancangan penstrukturan ekonominya. Dengan memupuk semangat keterbukaan intelek dan kebudayaan yang menggalakkan perbahasan dan penyertaan awam, Gorbachev berharap agar rakyat Soviet menyambut baik dasar perestroika.